Portal KKFKM

Semakan Baki KKFKM UiTMCPP

Masukkan Staff ID untuk semak baki kumulatif terkini, serta rujuk info pembayaran dan baki tabung KKFKM.

Semakan
Rekod
Portal
Tabung
Semak Baki Terkini
Senarai Baki Belum Bayar KKFKM
No. Staff Tahun Baki Kumulatif (RM) Remark
KELAB KEBAJIKAN FKM UiTM CAWANGAN PULAU PINANG

1.1 KEAHLIAN

a) Semua staf yang berkhidmat di FKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang (tetap, kontrak & sementara) adalah secara automatik menjadi ahli Kelab Kebajikan FKM (KKFKM)

b) Semua ahli diwajibkan bekerjasama dalam semua program/aktiviti yang dijalankan oleh KKFKM.

1.2 YURAN

a) Setiap ahli dikehendaki mencarum yuran bulanan sebanyak RM5.00 dan dibayar melalui AJK KKFKM yang telah dilantik.

b) Bagi aktiviti/program yang memerlukan peruntukan tambahan, kutipan berasingan boleh dilakukan oleh AJK yang telah dilantik.

1.3 FAEDAH

Ringkasan faedah sumbangan KKFKM kepada ahli:

Jenis Faedah Syarat & Keterangan Sumbangan (RM)
Perkahwinan Layak untuk perkahwinan kali pertama sahaja 50.00
Kelahiran Anak Terhad kepada dua orang anak sepanjang perkhidmatan di UiTM 50.00
Kematian Meliputi ahli, suami/isteri, anak-anak dan ibu bapa kandung 100.00
Keraian Staf Perpisahan, pertukaran ke cawangan lain atau persaraan 100.00
Kemalangan / Sakit Kronik / Bencana Alam Merangkumi kemalangan yang mencederakan (kemasukan wad), sakit kronik sekali sahaja atau bencana alam 100.00

1.4 PENGELUARAN

a) Urusan pengeluaran selain dari Perkara 1.3 memerlukan arahan dari Ketua Pusat Pengajian, FKM UiTMCPP

b) Perkara berbangkit dari Perkara 1.3 akan dirujuk kepada Ketua Pusat Pengajian sekiranya perlu.

Nota: Ringkasan Piagam KKFKM sah bermula tahun 2025.

Makluman status pembayaran PJ boleh contact PIC PJ berkenaan.